Tips Penggunaan Minyak Wangi

Cara- cara Penggunaan Minyak Wangi


Penggunaan minyak wangi adalah bertujuan untuk memberi kesegaran dan bau yang enak pada tubuh. Tahukah anda penggunaan minyak wangi adalah berbeza dari satu individu ke satu individu lainnya kerana badan kita menghasilkan 'pheromones' yang berbeza. Minyak wangi anda seharusnya hanya dapat dihidu sekiranya seseorang itu berada berdekatan dengan anda dan sekiranya minyak wangi boleh dihidu dalam jarak yang agak jauh maka anda telah menggunakan minyak wangi secara berlebihan.

Tips Semasa Membeli Minyak Wangi


1. Jangan menghidu minyak wangi yang berbeza pada satu masa. Biji kopi digunakan untuk meneutralkan setiap minyak wangi yang dihidu.


2. Ketika mencuba minyak wangi, anda dinasihatkan untuk berjalan-jalan atau melakukan aktiviti lain seperti 'window shopping'supaya bau sebenar minyak wangi tersebut terhasil.


3. Jangan dedahkan minyak wangi anda kepada matahari secara langsung

Kategori Minyak Wangi


1. Perfume: Pekat
2. Eau de parfum: Ringan
3. Cologne: paling ringan
4. Essential oil: bau-bauan natural

Cara Penyimpanan


1. Elak daripada terkena cahaya matahari secara langsung
2. Simpan di dalam 'fridge' supaya bila kita sembur di badan, kita akan rasa segar dan sejuk

Cara Pemakaian


1. Jangan sembur di baju sebab boleh merosakkan fabrik sebaliknya sembur di rambut atau pada kulit.

2. Semburkan minyak wangi di titik nadi belakang teliga, leher,pergelangan tangan dan lutut.
3. Jangan gosok terlalu kuat minyak wangi di pergelangan tangan tetapi hendaklah tekan dengan perlahan-lahan.
4. Sembur minyak wangi sebelum memakai barangan perhiasan.









































































































































No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.